Header Ads

"Tengok Ni, Anak Kita Rambut Macam Pak Najib" - Suami Kongsi Kisah Lucu Anak Terkenan Rambut Tengah Tiada




Pengalaman pertama menjadi ibu bapa merupakan saat paling indah dan melucukan kerana kebanyakan dari ibu bapa ada yang kekok memegang bayi yang baru dilahirkan. 

Terharu, bangga dan cemas, semuanya menjadi satu. Setelah sembilan bulan menunggu, akhirnya dapat melihat wajah anak sulung.

Perkongsian lucu dari Adam Kelvin ini memang amat menciut hati netizen yang mengenang kembali saat-saat menimang cahaya mata sulung. 


Teringat balik masa mula-mula anak saya dilahirkan bulan 3 tahun lepas. Keadaan masa tu amatlah kelam kabut. Air ketuban isteri saya dah pecah masa dalam wad bersalin. Dengan labor room penuh. Nurse menjerit panggil doktor. Sebab bukaan dah penuh. 

Doktor bersiap sedia untuk menyambut kelahiran bayi. Saya jadi panik tapi hanya mampu berdoa moga dipermudahkan. Last minute, alhamdulillah ada labor room kosong. Masa dalam labor room, semua nurse, bidan dan doktor bagi semangat kat isteri saya suruh push keluarkan baby.

Saya jadi blur sangat dan hanya menurut kata.

"Puusshh..fafa. Kepala anak kita dah nampak."

Sambil lap peluh didahi sebab ketakutan tengok darah banyak. Tak lama kemudian, lahirlah cahaya mata kami. Saya pulak jadi emosional. Tak percaya anak saya sudah ada didepan mata.

Tapi drama tak habis kat situ wei. Lepas saja nurse selesai mandikan anak saya, tiba-tiba isteri marah saya kat labor room tu.

"Jun Guang!! Tu laaa saya dah pesan jangan cakap pasal najib masa saya pregnant dulu! Tengok ni, anak kita rambut macam pak najib!!! Tengah-tengah tak ada rambut. Kiri kanan je ada rambut sikit. Huaarrgghh"

Menangis macam budak-budak isteri saya masa tu. Saya jadi speechless. Selama ni saya ingat isteri saya main-main je cakap pasal kenan ni. Tak sangka betul. Masa tu saya baru tahu erti penyesalan. Haha.. Daahh satu hal pulak saya nak tenangkan dia lepas bersalin. Ingatkan dia nak cakap anak kami comel ke apa. Atau cakap terima kasih sebab bagi sokongan kat dia dari bukaan awal. Sekali kena marah dalam labor room tu.

Tengah-tengah saya pujuk isteri saya dan minta maaf, rupa-rupanya ada seorang doktor sedang memerhatikan drama kami dari jauh. Beliau datang dan tenangkan keadaan isteri saya dengan berkata,

"Puan, awak patut bersyukur suami awak cakap pasal pak najib je masa awak pregnant. Kalau dia asyik cakap pasal kak ros? Can you imagine macam mana rambut anak awak nanti?"

Huaaarrrgghhh..isteri saya menangis buat kali kedua. 

Sekian drama teman isteri bersalin. Bersiap sedialah wahai bakal bapa-bapa sekalian. All the best. Percayalah ia merupakan pengalaman yang tak ternilai harganya. 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.