Header Ads

"Sumpah Saya Tak Tahu' - Ibu Mertua Terkejut Farid Kamil Buat Laporan Polis.



Ibu mertua Datuk Farid Kamil iaitu Norsiah Ramli berkata dia tidak mengetahui punca sebenar menantunya membuat laporan polis pada petang Rabu.

Norsiah berkata, dia juga terkejut apabila membaca laporan portal berita dalam talian Kosmo! yang mengatakan Farid membuat laporan polis berhubung hal rumah tangga bersama isteri yang juga anaknya, Datin Diana Danielle.

"Saya baru tahu dan terkejut. Sumpah saya tak tahu apa-apa," katanya kepada mStar Online menerusi kiriman mesej WhatsApp.

Portal tersebut yang memetik kenyataan sumber mendakwa, Farid, 37, memohon untuk membenarkan adiknya, Anis Anwar Zahari memasuki kediaman di Casa Tropicana, Damansara untuk mengambil barang peribadinya di sana.

Dalam laporan itu Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba tersebut dipercayai memaklumkan kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora berada dalam jagaannya pada malam laporan dilakukan pada 18 Januari lalu sehari selepas dibebaskan polis dengan ikan jamin.


Terbaru, Farid kamil memuat naik foto di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara,di sini sambil memegang salinan laporan polis meminta agar orang ramai mendoakan perjuangannya mahu membela orang teraniaya.

Ia dipercayai gambar lama yang pernah dirakamkan sebelum ini.Dia dibebaskan dengan ikat jamin pada 17 januari lalu.


Sumber : Mstar Online.

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.