Header Ads

Sudah Melampau!! - Didakwa Upah Pembunuh Tembak Roslan Shah, Ifa Raziah Segera Buat Laporan Polis.




Ramai menganggap isu pergaduhan melibatkan artis serba boleh antara Ifa Raziah dan Roslan Shah sudah selesai berikutan kedua-dua belah pihak enggan memanjangkan lagi perkara tersebut. Namun, hal ini kembali tegang apabila Roslan Shah mendakwa kononnya Ifa telah mengupah pembunuh upahan untuk menembaknya.

Berita tersebut nyata mengejut Ifa apabila dia sendiri hanya mengetahui perkara itu selepas dihubungi oleh seorang pegawai polis dari Johor yang memaklumkannya mengenai perkara berkenaan. Bagi mempertahankan dirinya, Ifa telah membuat laporan polis berhubung dakwaan palsu ini.

Ifa menyifatkan tuduhan Roslan itu sangat berat kerana melebelnya sebagai penjenayah dan ia merupakan fitnah yang boleh menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang artis.

'Pagi tadi saya terkejut apabila ada polis menelefon memberitahu ada seorang lelaki iaitu Roslan membuat laporan polis mendakwa saya mengupah pembunuh upahan untuk menembaknya.

Sepanjang saya membuat temu bual bersama media mengenai perselisihan faham kami tidak pernah sekali pun saya ingin menjentiknya apatah lagi mengugut untuk membunuhnya.

Apa yang saya minta adalah adakan satu pertemuan dan permohonan maaf terhadap saya dan Norshila Amin. Itu sahaja!

Ini sudah melampau apabila dia buat begini. Jahat sangat ke saya sampai dia buat begini?

Ifa turut tidak mengetahui niat sebenar Roslan sehingga membuat dakwaan palsu itu. Ifa turut memberitahu bahawa dia tidak pernah mengeluarkan kata-kata ugutan seperti yang didakwa oleh Roslan. Tambah Ifa, lelaki yang didakwa sebagai pembunuh upahan dikenali sebagai Bob itu sebenarnya adalah pengurus artis dari Malaysia.




"Bob sudah lama berkecimpung dalam bidang seni sebagai pengurus artis. Tidak pasal-pasal dia dituduh sebagai pembunuh upahan.

Saya harap pihak polis akan mengambil tindakan berhubung perkara ini kerana apa dilakukannya sudah melampau."

Nampaknya masih belom berakhir pergaduhan melibat Ifa dan Roslan ini. Malah, keadaan menjadi bertambah tegang sehingga isu ini menjadi kes polis. Diharap, Ifa dan Roslan dapat menyelesaikan isu ini sebaik mungkin kerana hal ini melibatkan nama baik dan kredibiliti kedua-dua belah pihak.

 
Sumber: Mstar

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.