Header Ads

Seperti 'Yakuza' Imej Bertatu,Syafie Naswip Dikecam Netizen.




Pelakon berbakat besar, Syafie Naswip yang mula mencipta nama dalam industri hiburan menerusi filem Mukhsin baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas memuat naik beberapa foto dirinya dengan imej bertatu di bahagian lengan dan dada.

Syafie menerima pelbagai kritikan daripada netizen yang beranggapan perbuatan beliau itu tidak seharusnya dilakukan kerana ia diharamkan dalam ajaran Islam.

Walaubagaimanapun, pelakon tersebut tidak begitu mengendahkan setiap komen yang dilemparkan meskipun ia turut mencetuskan perbalahan dikalangan peminatnya. Buat Syafie, isu tersebut tidak harus diperbesarkan.

"Saja suka-suka sebab saya sedang bercuti di Bali, Indonesia. Lagipun itu inai sahaja. Tahan untuk seminggu. Memang tidak ada apa-apa untuk dijelaskan. Bagi saya tidak ada apa pun. Tiada isu. Saya tak ada sebarang kenyataan untuk itu."

Sebagai selebriti pasti apa yang dilakukan akan mendapat perhatian ramai. Namun, pada pendapat kami, Syafie tidak perlu untuk memuat naik sesuatu yang akan mengundang fitnah apatah lagi imej yang beliau tampilkan kurang sesuai sebagai seorang Muslim meskipun ia bukanlah tatu yang kekal. Fikir dahulu impaknya sebelum tekan butang “upload”.



Sumber Berita : Utusan Online

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.