Header Ads

Seperti Anakku Sazali,Lagu Khas Buat 'Siti Junior' Sudah Siap Dicipta.





Dijangka bakal melahirkan anak sulung perempuan pada Mac depan, lagu khas untuk “Siti Junior” sudah pun siap dirakamkan.

Lagu khas yang diberi judul ‘Comel Pipi Merah’ itu merupakan hasil ciptaan Siti Nurhaliza sendiri makala liriknya ditulis oleh pengurusnya Rozi Sang Dewi.

Lebih menarik, lagu itu menggabungkan lagu rakyat Can Mali Can agar mudah diingati oleh pendengar.

“Dalam melodi lagu ini, Siti ada selitkan bunyi seperti seseorang sedang mengagah bayi. Siti ingat lagi ketika kecil dulu, arwah abah suka buat begitu pada anak-anak kecil dan juga cucu-cucunya.

“Siti turut menggabungkan karya ini dengan lagu rakyat, Can Mali Can, tetapi Siti tukarkan pantunnya mengikut kesesuaian lagu. Siti buat begini supaya ia mudah diingati oleh mereka yang mendengarnya,” katanya kepada BH Online.


Suara dua anak saudaranya Siti Nurun Marsitah Mohd Ghazali dan Puteri Siti Nurinsyirah Damia Saiful Bahri, turut serta sebagai penyanyi latar.

 

 Sumber: The Malay Mail Online
www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.