Header Ads

"Saya Tak Sedar Zip Terbuka" - Teruk Dihentam Netizen, Akhirnya Lelaki Miang Ini Beri Penjelasan Sebenar




Baru-baru ini viral di media sosial apabila seorang pekerja terkejut apabila seorang pelanggan lelaki yang masuk ke premis menjual pakaian dalam keadaan yang tidak senonoh.

Walaupun pengadu sudah menarik laporan polis namun, siasatan terhadap satu gangguan seksual di sebuah kedai pakaian di Bukit Sentosa diteruskan. 

Memetik Sinar Harian, suspek kes berkenaan dipanggil untuk rakaman percakapan namun mendakwa tidak menyedari zip seluarnya terbuka ketika kejadian itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, mangsa (pengadu) membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa pada hari kejadian sebelum menarik balik atas alasan enggan memanjangkan kes berkenaan.

Menurutnya, namun kertas siasatan dibuka dan suspek turut membuat laporan polis selepas isteri suspek mengetahui kejadian tersebut yang diviralkan di laman sosial.

"Berdasarkan laporan dibuat mangsa, lelaki berkenaan datang ke kedai pakaian itu dan ketika mangsa hendak melayan sebagai pelanggan, dia ternampak zip seluar suspek terbuka dengan kemaluan di luar.

"Suspek beredar selepas ditegur oleh majikan mangsa manakala suspek yang turut membuat laporan polis, mendakwa tidak mengetahui zip seluarnya terbuka.

"Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengeluarkan perkataan atau isyarat yang dimaksudkan mengaibkan kehormatan seseorang," katanya. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.