Header Ads

“Saya Maafkan Semua Yang Fitnah, Buka Aib Saya” - Izreen Azminda Luah Rasa Pilu Sempena Tahun Baru.




Sempena tahun baru, semalam Izreen Azminda ada memuat naik coretan hatinya yang selama ini dipendam sejak pengakuan beliau berkahwin dengan suami orang. Dalam status itu, Izreen memohon maaf kepada semua yang terkesan dengan berita pernikahan rahsianya itu.

“Saya memohon sejuta kemaafan dan saya juga memaafkan mereka yang membenci, memfitnah, membuka aib atau menjatuhkan hukum kepada saya. Saya sudah kosongkan hati dan fikiran daripada perasaan dan rasa negatif”

“Saya hanya manusia biasa yang tidak mungkin terlepas daripada melakukan kesilapan serta menerima ujian, ketetapan Allah. Jika kamu mampu memaafkan kekhilafan orang lain ketika hati terlalu sakit dan sedih, percayalah bahagia dan tenang akan sentiasa bersamamu.

Selain itu, Izreen sempat membuat kenyataan dimana ramai yang percaya dituju khas buat madunya, isteri pertama, Intan Liana. Coretan itu berbunyi, andai individu itu mampu memaafkan kesilapan orang ketika diri sendiri sedang bersedih, bahagia menanti buatnya.

Sebelum ini, Izreen sekali lagi mencetuskan kemarahan apabila memuat naik gambar mesra bersama ibu mertua dan suami disisi ketika menyambut hari jadi anak tirinya. Ramai yang tidak berpuas hati kerana tiada kelibat isteri pertama hadir bersama seolah tidak dijemput.



Sumber : Harian Metro.

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.