Header Ads

Sangat Keterlaluan! Iqram Dinzly Rasa Terkilan Dengan Sikap Fathia Latiff



Rata-rata tidak bersetuju dengan komen sebegitu, walaupun berkemungkinan ianya bersifat gurauan semata.Tindakan Fathia Latiff meninggalkan komen menyuruh Iqram Dinzly membunuh diri mendapat kecaman hebat netizen.

Malahan semalam Hafiz Hamidun turut tidak berpuas hati dengan komen Fathia tersebut. 

"Kalau dia nak jadi ‘gila’ seperti saya, datang berjumpa. Bukan main tulis macam itu. Memang saya tak baca komen berkenaan, tetapi ada rakan yang beritahu.

Sejujurnya, saya kesal dan terasa hati. Apa yang ditulis sangat keterlaluan. Tidakkah dia sedar perkara berkenaan boleh mempengaruhi pemikiran netizen? Kita tak tahu apa persepsi peminat yang menonton ketika itu.

Malah komen itu juga boleh membuatkan seorang anak seni seperti saya berada dalam tekanan"

Menurut laporan Harian Metro, Iqram mengakui dia terasa hati dengan komen Fathia itu. Malahan dia menasihatkan kepada aktres itu jika mahu menjadi ‘gila’ sepertinya, dia mengajak Fathia berjumpa, bukan membuat komen sebegitu.

"Saya tak tahu apa ‘game’ dia, jadi saya biarkan dahulu. Saya sambut dan alu-alukan ‘game’ berkenaan."

Tambah pelakon kontroversi ini, dia sejujurnya tidak tahu-menahu mengenai ‘permainan’ Fathia dengan komen berkenaan. Pun begitu, dia mengalu-alukan permainan berkenaan.


Fathia sebelum ini meninggalkan empat komen iaitu ‘pergi bunuh diri’, ‘bunuh diri Iqram’, ‘tak ada scene bunuh diri ke?’ dan ‘alang-alang’ ketika Iqram mengadakan sesi ‘live’ di Instagram. Komen berkenaan mendapat selaran hebat netizen.


A post shared by DR. Princhiqy Dinzly (@iqramdinzly) on
Sumber: Harian Metro

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.