Header Ads

Sampai Berdarah Telinga Dengar! Ini Penjelasan Eyka Farhana Setelah Dikecam Cakap Korea.




Semalam peminat Kpop dikhabarkan ‘berdarah telinga’ menonton video pendek petikan dari drama Ustaz Korea Sebelah Rumah. Rata-rata mengkritik cara sebutan Eyka Farhana dan Nazim Othman dalam drama tersebut.

Tidak mendiamkan diri, Eyka menerusi Mstar memberi respon mengenai isu berkenaan. Apa komen dia setelah bermacam label diberikan kepadanya kerana drama berkenaan?

Menurut Eyka, sebelum dia dan Nazim ke set penggambaran, mereka berdua telah berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar caa sebutan bahasa Korea berkenaan

"Saya sedih kerana sudah buat yang terbaik, tolonglah hargai, penat kami belajar bersungguh-sungguh bahasa Korea.

Saya rasa tidak salah kita cuba sesuatu yang baharu dalam lakonan. Saya rasa seronok ketika penggambaran drama itu dan harap penonton turut belajar bersama ketika menonton drama itu."

Tambah Eyka, penonton dan netizen perlu tahu dan memahami jalan cerita drama berkenaan. Dia memegang watak gadis yang terlalu minat dengan Kpop sehingga belajar dan bercakap dalam bahasa itu`


"Sudah tentulah saya cakap tidak seperti orang Korea sebenar kerana saya pun belajar seminggu sebelum mula drama.

Sebelum kecam mereka juga perlu tahu jalan ceritanya. Saya bawa watak remaja yang terlalu minat dengan artis K-pop sehingga sanggup belajar bahasa mereka."


Sumber: Mstar Online

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.