Header Ads

Relationship Goals! Kahwin Lebih 30 Tahun,Warga Emas Tunjuk Kemesraan Seperti Cinta Baru Berputik.




Cinta sejati tidak mengenal usia, tidak akan pudar biarpun waktu beredar. Ramai pasangan yang mula merasakan kasih sayang antara satu sama lain mula berubah sedikit demi sedikit seiring masa. Namun tidak kurang juga yang masih kuat cinta mereka, ala-ala pasangan muda bercinta lagi tau!

Perkongsian doktor ini mengenai pesakit dan suaminya yang tabah melayan kerenah isterinya itu wajar dijadikan contoh untuk pasangan muda. Sweet sangat!

'Umur mereka sudah menjangkau 60-an, sudah mendirikan rumah tangga selama lebih 30 tahun, anak sudah 5 orang, tapi kemesraan yang dipamerkan oleh si suami kepada isterinya, seolah-olah baru semalam cinta mereka berputik.

Menyaksikan keintiman pasangan kekasih baru, itu perkara biasa, dan kadang-kadang cumbu rayu mereka membuatkan aku meluat. Namun begitu, kemesraan antara pesakit strok ini dan suaminya saya kira adalah satu keindahan.

Si isteri mengalami strok dan menyebabkannya lumpuh sebelah anggota badan. Wanita yang dulunya aktif mengajar kanak-kanak mengaji, kini bergantung sepenuhnya pada si suami untuk melakukan aktiviti harian. Kami masukkan makcik ini ke wad rehabilitasi untuk bantu memaksimakan pemulihan kefungsiannya kerana beliau teringin kembali menghadiri kelas fardu ain di masjid kejiranannya seperti sebelum ini.'

Bukan mudah menjaga pesakit strok, bukan sahaja fizikal mereka terjejas, malah akal dan emosi juga boleh turut terganggu. Perlukan kesabaran dan keazaman yang tinggi.

“Doktor suruh kita lekat bantal ni dekat cermin. Jom!”


Walaupun harus berkali-kali pakcik mengingatkan dan memperbetulkan makcik dalam melaksanakan tugasan terapi, nada suaranya tidak mengarah, bahkan sentiasa memujuk lembut. Pakcik ini gunakan kata ganti diri “kita” untuk menunjukkan kebersamaannya dalam menyelesaikan tugas yang diberi.

“Nampak, awak boleh” katanya sambil mengusap belakang makcik jika makcik berjaya selesaikan semua tugasan. Apabila memuji, beliau gunakan kata ganti diri kedua. Walaupun sudah dimamah usia, pakcik masih sungguh sweet as sugar and smooth as butter.

Lihatlah mereka. Tak kekok menyerlahkan dan menzahirkan kasih sayang walaupun di khalayak ramai.

Aku tak tahu samada mereka memang mesra begini sejak mula bercinta atau setelah si isteri mengalami strok, tapi apa yang dipamerkan sekarang adalah sesuatu yang perlu dicontohi.

Aku perolehi beberapa perkara daripada pengamatan ini.

Mengajak adalah lebih efektif daripada menyuruh dan mengarah. Tiada siapa suka disuruh-suruh.

“Kita kena belajar masak” kedengaran lebih enak di telinga berbanding dengan “Awak kena belajar masak”.

Perempuan lumrahnya sukakan puji-pujian, jadi apa salahnya suami ringankanlah lidah untuk memuji. Rasanya itulah hadiah paling murah tapi besar nilainya kepada si penerima.

Lelaki segan nak tunjuk rasa sayang. Takut orang label jiwang, kan? Lagi-lagi yang dah lama kahwin. Takut orang kata buang tebiat.

Lantaklah orang nak kata apa!

Pada pendapat saya, tiada salahnya PDA(public display of affection), asalkan ada ikatan perkahwinan yang sah serta tidak melintasi batasan agama dan budaya.

Hidup ini singkat, maka zahirkanlah kasih sayang anda kepada pasangan anda selagi masih ada peluang. Jangan sudah si dia pergi dijemput Ilahi, baru sibuk nak bina Taj Mahal.


Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

FACEBOOK HERBAL RIMBA




No comments

Powered by Blogger.