Header Ads

'Pistol Itu Pistol Mainan. Ia ‘Props’ Dari Set Itu' - Ini Respon Adik Farid Kamil Kaitan Dakwaan Tersebut.



Terkilan dengan dakwaan seorang pengarah mengenai abangnya, Farid Kamil membawa pistol ke lokasi penggambaran, Fadzil Zahari menjelaskan pistol tersebut hanyalah props drama sahaja. Malah pistol itu juga bukan milik Farid tetapi juga dari set itu sendiri.

“Pistol itu pistol mainan. Ia ‘props’ yang digunakan untuk penggambaran itu. Apa motif Shuhaimi memberi kenyataan yang mengelirukan orang ramai? Dia sebagai pengarah di situ, takkan tidak tahu ‘props’ penggambaran hilang?,” katanya kepada Astro Gempak mengenai perkara itu.

Selain itu, Fadzil turut mempersoalkan tindakan pengarah tersebut yang secara tiba-tiba memberi kenyataan yang boleh mengundang kekeliruan dan fitnah di mata orang ramai. Apalagi sebagai pengarah, beliau sendiri tidak menyedari kehilangan props di set penggambaran.

Dalam kenyataan itu, pengarah Shuhaimi Lua bukan sahaja menyebut mengenai soal pistol yang dibawa Farid, malah tindakan beliau yang menengking seorang jurukamera di lokasi secara tiba-tiba beberapa kali hingga mengejutkan krew-krew lain.


Sejak penahanan Farid, selain Shuhaimi, pelakon senior, Ridzwan Hashim juga turut ‘membuka’ cerita mengenai dirinya ditampar Farid sebelum penahanan beliau. Dalam pada itu, timbul juga isu Farid mengalami tekanan kerana lama tidak berjumpa anak-anak menjadi punca dirinya bertindak demikian.

SUMBER : ASTRO GEMPAK

FACEBOOK HERBAL RIMBA



No comments

Powered by Blogger.