Header Ads

Pernah Cuba Bunuh Diri? - Alicia Amin Akui Pernah Patah Semangat Setelah Dikecam.



Pelakon dan juga model yang pernah menggemparkan laman sosial melalui gambar berani mati dan juga kenyataan berkaitan agama sebelum ini iaitu Alicia Amin, pernah mencuba untuk membunuh diri namun gagal.

“Saya pernah bangun tidur di wad psikiatri dan terpaksa tinggal di sana selama seminggu kerana saya cuba membunuh diri tapi gagal pada awal 2017. Saya tidak pernah bercakap tentang perkara ini”

“Ia terjadi selepas tamat penggambaran ASNTM tetapi tidak siapa yang tahu, sebelum saya berpindah ke Melbourne dan saya belajar untuk berdiri untuk diri sendiri dan perkara-perkara yang saya percaya akan beri memberi inspirasi pada orang lain yang berasa seperti mereka dalam kegelapan,” jelasnya.

Kini kembali dengan semangat yang lebih positif, Alicia menasihatkan agar mereka yang berhadapan dengan situasi yang sama agar tidak cepat mengalah. Semoga baik-baik saja buat Alicia Amin selepas ini. 


Sumber : Mstar Online.

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.