Header Ads

'Perampas Laki Orang' - Netizen Tuduh Kereta Itu Milik Izreen Asminda? Ini Responnya..




Semua sedia maklum Izreen Azminda telah selamat menjadi isteri kedua kepada pemuzik yang dikenali dengan panggilan Uda. Hentaman netizen bagaikan terhenti apabila Izreen dan Uda kedua-duanya memilih menutup ruang komen Instagram masing-masing.

Namun tidak terhenti di situ, pagi ini tersebar gambar sebuah kereta yang disembur ‘perampas laki orang’ yang didakwa milik pelakon itu. Eh, kesiannya, biar betul?!

"Eh, bukan kereta sayalah. Saya sedang berada di set penggambaran projek drama terbaharu arahan Ziela Jalil, Geng Tadarus Untuk Ramadan yang bakal disiarkan RTM"

Namun, Izreen menurut laporan Berita Harian menafikan kereta berkenaan adalah miliknya. Dia menegaskan dia sekarang berada di set penggambaran projek terbaru lakonannya untuk siaran Ramadan nanti.

"Biarlah apa orang nak kata atau fikir… Janji saya okay. Seandainya, terjadi pada saya sekalipun, negara kita ada undang-undang"

Tambah Izreen, dia kini sudah terbiasa dengan tuduhan melulu netizen yang dilemparkan kepadanya, apatah lagi dia teruk dikecam kerana dianggap menjadi perampas suami orang dengan perkahwinan berkenaan.

Izreen selamat menjadi isteri kedua kepada Uda atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid pada 8 Ogos lalu berwalikan bapanya Mohd Aznam Mohd Noor.


Sumber: Berita Harian.

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.