Header Ads

Pengantin Mengamuk 'InstaFamous' Guna Pelamin Tak Minta Izin, Ini Penjelasan Sebenar Mereka




Siapa yang tak kenal Rosenicotine dan Danielzamrii yang popular di laman sosial Instagram dengan video lawak mereka?

Terbaru tular video mereka berdua melakukan parodi lagu Pematah Hati di atas pelamin dengan lengkap berpakaian pengantin dan ramai yang percaya bahawa mereka telah berkahwin.

Namun rupa-rupanya ada kisah di sebalik video itu apabila seorang individu memuat naik status mendakwa mereka memakai baju pengantin dan shooting video di atas pelamin tanpa meminta izin pengantin.


Menurut individu yang dikenali sebagai Fathin Hananin itu, pada awalnya mereka hanya mahu membuat video di kawasan khemah tetapi akhirnya sampai ke pelamin. Melampau ke tidak?

Ini statusnya: 


Setelah mengetahui kisah sebenar, netizen mulalah menyerang pasangan instafamous berkenaan. Namun begitu, memetik laporan dari Mstar Online 'instafamous' yang terpalit dengan kontroversi itu tampil menjelaskan keadaan sebenar. 

"Saya dan Daniel hanya menjalankan tugas seperti yang diminta oleh pihak penaja atas tujuan mempromosikan perniagaan kateringnya.

"Majlis kahwin kami itu hanya gimik dan idea untuk membuat video dan sesi penggambaran juga diilhamkan oleh pemilik katering itu sendiri,"

"Kami bukan setakat bergambar di pelamin itu sahaja, malahan ada juga menjalani sesi penggambaran untuk mempromosikan khemah, makanan berlauk dan meja makan beradab untuk tujuan promosi.

"Kami dua hari 'shoot' dekat situ, jadi macam 'nonsense' la kalau kata kami tiada 'permission'. Kalau tiada 'permission', macam mana saya boleh datang dari Kuala Lumpur untuk ke situ semata-mata nak guna pelamin dia," kata gadis itu. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.