Header Ads

Netizen Labelkan Biadap Dan Tidak Bermoral, Pelajar Ini Hisap Rokok Dalam Kelas.




Sekolah merupakan medan di mana anak-anak datang untuk menimba ilmu. Hampir separuh daripada masa mereka akan dihabiskan semasa di sekolah. Memang lumrah murid-murid berkelakuan nakal, namun haruslah berpada-pada  dan janganlah pula sehingga hilang rasa hormat terhadap guru di sekolah.

Baru-baru ini, sebuah video tentang kelakuan seorang pelajar di sekolah telah menjadi viral di media sosial. Video tersebut menunjukkan beberapa belajar bertindak menghisap rokok semasa di dalam bilik darjah ketika guru sedang mengajar. Video tersebut telah mengundang kecaman daripada netizen kerana rata-rata menganggap perbuatan murid tersebut agak keterlaluan dan biadap.

Video tersebut menunjukkan pelajar terbabit tidak mengendahkan guru yang sedang mengajar di hadapan sebaliknya berseronok di belakang bilik darjah sambil menghisap rokok. Namun, video yang telah mendapat retweet lebih 17,000 kali itu dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Singapura.

Diharap pihak berkuasa dan sekolah dapat menjalankan sisatan terhadap isu ini supaya perkara seperti ini tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang. Ini bertujuan untuk mendidik pelajar menghormati sekolah sebagai seuah institusi ilmu.




 
Sumber: @adlenuh
-www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.