Header Ads

Netizen Dakwa Ayda Jebat Suka Kongkong Redza Rosli?




Seringkali dilihat bersama menemani Redza Rosli di lokasi penggambaran, timbul dakwaan bahawa Ayda Jebat bertindak sedemikian di atas dasar cemburu. Malah dikatakan perkara itu turut menimbulkan rasa kurang senang orang sekeliling.

“Saya rasa tak perlu ulas perkara begini sekarang. Malah, rasanya ia tidak sesuai untuk saya perkatakan. Saya mahu pada 2018 ini menjadi lebih positif dan kalau boleh saya tak mahu lagi jawab soalan-soalan yang boleh buat orang tertanya-tanya lagi. Saya harap anda memahami,” jelasnya kepda mStar Online.

“Saya senang dengan keperibadian dan sikap Redza sebab itu kami selesa berkawan. Kebetulan pula, saya tidak ada ramai kawan untuk berborak dan berkongsi cerita. Malah, kami juga ada beberapa komitmen kerja untuk dipromosikan bersama. Jadi sudah tentu kami masih berkawan macam biasa,” ujarnya lagi.

Rata-rata peminat tetap gembira sekiranya Redza Rosli menjadi pilihan hati Ayda Jebat. Malah perkongsian gambar mereka di laman sosial turut mendapat restu dan lampu hijau daripada peminat.





FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.