Header Ads

Selepas DSV Dan Datuk Aliff Keluar ALbum, Kini Che Ta Bakal Jadi Penyanyi Juga



Lama tidak beraksi di depan kamera sebagai pelakon, Rozita Che Ta Wan bakal membuat kemunculan sebagai penyanyi pula nanti. Siapa sangka Che Ta didekati ramai pencipta lagu terkenal tetapi meminati Hazami untuk menghasilkan lagu untuknya

“Dalam soal nyanyian ini, saya memang serius, apatah lagi Hazami juga beriya-iya mahu saya menyanyikan lagu ciptaannya. Sebelum ini, saya pernah didekati penggiat seni lain seperti Eddie Hamid dan Imran Ajmain yang menawarkan peluang serupa”

“Namun, mungkin ketika itu saya belum bersedia. Waktu itu pun, Imran mencari pelakon sebagai rakan duet dan bukannya penyanyi. Saya pun tak pernah terfikir nak jadi penyanyi selama ini. Jadi, mungkin lagu balada atau irama Malaysia sesuai dengan saya”

“Sebenarnya, teman saya yang juga pekerja Che Ta pernah merakamkan video dia menyanyi lagu tradisional secara rahsia. Saya dapati, dia mempunyai alunan suara yang baik dan bukan jenis yang menjerit”

“Jadi, mungkin saya akan menghasilkan lagu berentak irama Malaysia dengan sentuhan moden. Mungkin juga kita boleh ajak suaminya, Zain, untuk menyanyi rap dalam lagu berkenaan,” jelasnya kepada Berita Harian Online.


SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.