Header Ads

Mereka Ada Kuasa, Farid Kamil Naik Angin Bila Netizen Hina Menteri Malaysia.




Baru sahaja mendapat gelaran Datuk baru-baru ini, Farid Kamil sudah berani memuat naik status berbaur politik di Instagram miliknya. Menurut Farid, rakyat Malaysia tidak boleh sesuka hati menghina menteri-menteri Malaysia kerana mereka mempunyai ‘kuasa besar’.

Teguran itu dibuat berikutan sebuah artikel menyiarkan tentang Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang tidak berkemampuan memimpin generasi anak muda tetapi hanya menggunakan rupa paras yang kacak sahaja.

Menerusi kenyataan itu, Farid turut menyebut andai ada pihak lantang menentang ‘kuasa besar’ itu, pasti akan menghadapi masalah besar.

Bagaimanapun kenyataan Farid itu mendapat reaksi bercampur dari peminat. Ada yang memuji kelantangan Farid bersuara di pihak selebriti, tetapi ada juga yang mengecam dan mengatakan Farid sebagai ‘macai kerajaan’.

Apapun tidak salah memberi pendapat mengenai apa-apa isu sekalipun. Masing-masing punya pendapat dan pendirian tersendiri, jangan sampai bergaduh sesama sendiri pula di Instagram Farid tu.


SUMBER : MALAYSIAN DIGEST.

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.