Header Ads

Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran Selepas Solat Subuh, Kisah Gadis Cantik Ini Insafkan Netizen




Mati itu pasti dan setiap mereka yang beragama Islam pasti mahu meninggal dunia dalam keadaan yang baik-baik. 

Namun hanya insan terpilih sahaja yang bertuah untuk meninggalkan dunia ini dalam keadaan solat ataupun ketika tengah membaca ayat suci Al-Quran. 

Memetik laporan dari Liputan6, viral di media sosial kisah seorang gadis cantik yang bernama Aisyah Bahar yang baru sahaja berusia 22 tahun dari Makasar, Indonesia yang meninggal dunia pada Khamis minggu lalu. 

Apa yang menarik perhatian netizen ialah, gadis tersebut dikatakan meninggal dunia ketika sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran. 


Menurut bapa Aisyah, Andi Bahar memberitahu anaknya itu sedang membaca surah Al-Mutaffifin selepas solat subuh dan ketika itu Aisyah sedang berpuasa sunat. 

"Malam sebelum meninggal, Aisyah bangun untuk menunaikan solat. Dia juga sempat bersahur untuk berpuasa kerana sudah menjadi kebiasaan berpuasa setiap Isnin dan Khamis."

"Dia ada juga meminta saya menemaninya membaca Al-Quran untuk memperbetulkan bacaannya tetapi sebelum ini dia tidak pernah berbuat demikian."

"Belum sempat dia menghabiskan surat dia menghampiri dan memeluk saya dan meminta saya membimbingnya mengucap dua kalimah syahadah."

"Dia meninggal dunia selepas itu," kata bapa Aisyah dengan nada sedih. 

Tambahnya lagi, Aisyah tidak menunnjukkan sebarang tanda-tanda sakit walaupun pernah menjalani pemeriksaan kesihatan beberapa kali oleh doktor. 


Menurut ibunya pula, dua anak lelaki mereka juga meninggal dunia pada usia awal 2o-an ketika sedang beriktikaf di masjid pada 2009 dan 20011. Namun mereka sekeluarga redha dengan segala ujian yang menimpa. 

"Ibu bapa mana yang tak sedih melihat anak-anak meninggal dunia. Tapi saya bahagia apabila mereka meninggal dalam keadaan menyebut nama Allah. Insya Allah mereka semua khusnul khatimah." kata bapa kepada Aisyah. 

Aisyah merupakan lulusan pertanian dari Universiti Hasanuddin, Indonesia dan sepatutnya bekerja sebagai penyelidik di universiti tersebut. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.