Header Ads

'Mana Ada Mak Sanggup Buat Anak Terseksa' - Nad Zainal Begang DiTuduh Netizen Tidak Mahu Menyusukan Anak.




Pelakon Nad Zainal berang apabila dituduh sengaja mencari jalan tidak mahu menyusukan anaknya Fahad Ibrahim yang kini berusia setahun selepas dia meminta tip tersebut di laman sosial.

Nad, 28, berkata, dia berbuat demikian atas sebab tertentu terutamanya kerjaya sebagai pelakon kadang-kala memerlukan dia berjauhan daripada anak sulungnya itu.

"Terima kasih kepada yang beri cadangan, setiap ibu ada masalah berbeza, Yem (Fahad Ibrahim) ok dengan susu formula, cuma dia masih nak melekat dengan mak dia dan kerja saya kena travel, tak semua tempat ada peti ais (untuk menyimpan susu badan).

"I marah gila bila orang mula marah mak-mak tak mahu breastfeeding. I kalau ada 24 jam I susukan OK? Serius menyampah baca komen. come on la, mana ada mak sanggup buat anak terseksa. Dah tulis pun kapsyen untuk outstation," tulisnya di Instastory.

Tambahan Nad Berkata,tindakan itu dibuat bukanlah secara drastik sebaliknya perlahan-lahan.Tujuannya juga mahu memisahkan susu badan adalah bagi memudahkan jika kanak-kanak berada bawah jagaan suaminya.

"Saya bagi dia let go secara perlahan, sebab bila malam dia akan cari mak dia, kesian suami, nenek dan atuk yang menjaganya. Cara korang komen macam I ni pendera budak," tulisnya.


Sumber : Mstar Online.

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.