Header Ads

Lelaki Tak Solat Jumaat Di Kuala Pilah Akan Kena Denda Dan Penjara, Netizen Cadang Buat Di Seluruh Negara




Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. Solat lima waktu adalah wajib bagi setiap umat Islam dan Solat Jumaat pula wajib bagi setiap orang lelaki. 

Pejabat Agama Islam Kuala Pilah bakal mengambil tindakan tegas kepada umat Islam yang dengan sengaja meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut. 

Dalam laporan Harian Metro, lelaki Islam yang sengaja tidak solat Jumaat tanpa sebab yang munasabah akan didenda RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan seperti termaktub dalam Seksyen 113 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.


Menurut Pegawai Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Pilah Mohd Raizalani Mohd Rais berkata surat pekeliling kepada 68 masjid dikeluarkan pada 4 Januari lalu.

“Tindakan itu diambil susulan aduan yang diterima daripada kariah di sini yang mendakwa terdapat lelaki Islam yang berada di luar masjid dan berkeliaran di premis perniagaan serta tempat awam ketika solat Jumaat.

Ia dilihat mencemarkan imej agama Islam sendiri selain mencerminkan sikap kurang ambil peduli mengenai hukum,” ujarnya lagi.


“Kita meminta pihak pengurusan masjid di daerah ini membuat hebahan dan edaran kepada ahli kariah semasa solat Jumaat dan menampal pekeliling di papan kenyataan,” katanya lagi.

Untuk mereka yang beragama Islam, sama-samalah kita menjaga solat. Kewajipan sebagai hambaNya perlulah ditunaikan. Peringatan untuk diri sendiri & semua yang membaca.


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.