Header Ads

"Kerja Nak Ambil Mudah Je" - Warga Asing Campak Barang Besar Dari Tingkat Atas Bikin Netizen Panas




Baru-baru ini kejadian yang menimpa seorang remaja berusia 15 tahun yang mati ditimpa sebuah kerusi yang dicampak dari tingkat atas sebuah pangsapuri nyata membuka mata ramai pihak. 

S Sathiwaran maut ketika melalui bahagian berhampiran tanggaapabila sebuah kerusi pejabat tiba-tiba dicampak yang mengenai kepalanya. 

Baru-baru ini sebuah video menjadi viral semula selepas kes tersebut berlaku. Cma Sima yang memuat naik video tersebut pada 2 Januari lalu melihatkan pekerja pembersihan dipercayai warga asing  dengan selamba membuang barangan ke tingat bawah sebuah bangunan kediaman di Shah Alam. 

Menurut Sima lagi, perbuatan pekerja asing itu disedari selepas mendengar bunyi bising barang-barang dilemparkan dari tingkat atas. 


Selepas mencari dimanakah punca bunyi bising tersebut, Sima mendapati seoang wanita pekerja asing membuang beberapa barang buuk seperti batang besi, kerusi, tungku dapur dan banyak lagi berhampiran dengan taman permainan kanak-kanak. 

"Ambil mudah saja nak buat kerja. Gila betul main baling saja barang-barang keras dari tingkat empat ke bawah. Sudahlah di situ taman permainan. Kalau terkena kepala budak-budak, tak pasal jadi satu hal pula. 

"Alasan dia masa nak baling itu, dia kata dah tengok tak ada budak-budak, itu yang dia baling. Cerdik betul alasan dia. Rupanya mereka memang selalu begini di blok-blok lain. Selagi tak ada orang tegur, selagi itu mereka buat lagi," 

"Gila betul, besar-besar barang dia. Kena budak-budak yang bermain di bawah, naya je."


"Paksa dia kutip balik barang-barang yang dia dah lempar. Ini cleaner berkenaan bersama dengan barang yang dia tidak sempat baling. Kalau baling, terkena budak di bawah memang hospital la jawabnya."

"Barang-barang terakhir yang sempat dia lempar dari tingkat empat sebelum kena serbu. Tunku dapur itu kalau kena kepala memang bocorlah,"

Dalam video tersebut, wanita berkenaan berulang kali meminta maaf dan memberikan alasan-alasannya untuk melepaskan diri. Namun tidak dapat dipastikan sama ada tindakan lanjut diambil oleh netizen tersebut. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.