Header Ads

Kerana Elfira Boros, Netizen Buat Spekulasi Sufian Dan Elfira Tak Jadi Kahwin.




Baru-baru ini penyanyi, Sufian Suhaimi menerusi satu sumber telah berkata hubungannya bersama pelakon dan pengacara popular,Elfira Loy mungkin ada campur tangan dari orang ketiga.



Penyanyi Sufian Suhaimi menyifatkan hubungannya dengan tunang, Elfira Loy, dalam situasi merumitkan dan berdepan ujian seperti pasangan lain.

Enggan menafi atau mengiyakan hubungan pertunangannya bermasalah, penyanyi lagu Terasa Ada itu mengharapkan pengakhiran yang baik dengan Elfira.

"It's complicated! Susah untuk saya cakap okey atau tidak sebab ia sangat rumit.

"Sama seperti pasangan bertunang yang lain, masing-masing ada ujian sendiri dan kami pun berdepan ujian sama.

"Saya bersyukur kerana Elfira sangat matang dalam menghadapi ujian ini.

"Doakan yang baik-baik untuk kami, mudah-mudahan ada pengakhiran yang baik.

"Hanya kami yang tahu apa yang terjadi, janganlah membuat kesimpulan tanpa mengetahui apa yang telah kami lalui," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 20 Anugerah MeleTOP Era (AME2018) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.


Sumber : Astro Gempak.

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.