Header Ads

"Kenapa Susah Sangat Puan Nak Percaya Yang Pedofilia Itu Benar-Benar Wujud?"




Ramai lagi ibu bapa yang tidak sedar dengan ancaman Pedofilia sebenarnya. Buktinya, semakin banyak gambar anak-anak yang berpakaian seksi dengan gaya orang dewasa yang dimasukkan dalam akaun media sosial. Tidak takutkah ibu bapa jika gambar-gambar tersebut berada dalam simpanan manusia Pedofilia? 

Iya, mungkin ibu bapa tersebut belum lagi diancam dan masih tiada apa yang berlaku sebab itulah mereka masih galak menunjuk gambar comel anak-anak di media sosial agar mendapat pujian netizen dan sejuta ‘like’. Sekali dah jadi mangsa, boleh pula hendak marah-marah kan?

Hal begini sebenarnya amat dibimbangi dalam masyarakat kita. Oleh sebab itu, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menyuarakan kebimbangannya dan menasihati ibu bapa agar sedar akan ancaman Pedofilia ini yang mana ia benar-benar wujud! 


Setuju dengan salah satu komen di bawah ni, kesannya bukan hanya pada anak ini, tetapi kanak-kanak lain turut menjadi mangsa. Jadi, jangan la pentingkan diri sendiri. Jangan cipta masalah yang boleh menyusahkan orang lain juga.

Sebelum ini bising tentang ibu bapa yang mendewasakan anak-anak dengan memakaikan tudung dan berpakaian menutup aurat, tapi kalau gambar anak seksi macam ni ramai pula yang sokong malah dipuji lagi. 

Tolonglah jaga maruah anak-anak dengan baik sebab itu adalah amanah buat kita dan tolonglah percaya yang pedofilia tu benar-benar wujud. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.