Header Ads

Kecoh Gadis Cantik Buat Servis Bawa Penumpang Naik Motor, Ramai Kecewa Bila Gadis Ini Dedah Kisah Sebenar




Tak dinafikan pada masa kini ramai yang sanggup melakukan dua pekerjaan demi mencari duit lebih untuk menampung keperluan hidup.

Ini terutama golongan muda yang makin ramai berjinak dengan dunia perniagaan demi mencari rezeki halal. 

Seorang remaja perempuan menjadi bualan hangat netizen apabila memuat naik satu entri di laman Facebook yang menyediakan perkhidmatan membawa penumpang wanita dengan menggunakan motosikal.

Status yang dimuat naik oleh Yus Nor Shaqirah itu mendapat perhatian kerana perkhidmatan seperti itu telah diharamkan oleh kerajaan. 



Namun, gadis cantik itu menjelaskan dia sebenarnya hanyalah menjalankan perkhidmatan runner atau penghantaran barang dan bukannya membawa penumpang. 

Tetapi, ramai netizen pula berminat untuk mendapatkan khidmat membawa penumpang dengan motosikal malah ada juga pelanggannya mencadangkan gadis itu menyediakan perkhidmatan tersebut. 


sumber:utusan
Shaqirah yang juga seorang pelajar semester akhir Diploma Penerbangan mendapat ilham menyediakan servis berkenaan selepas melancong ke Thailand bersama keluarganya. 

Tambah gadis itu lagi, dia telah pun berbincang dengan keluarganya dan tekad memulakan servis penghantaran barangan selepas mendapat persetujuan ahli keluarga. 

Dia turut berharap agar ada pihak dapat membantunya dan memberi nasihat supaya dia dapat mengembangkan lagi perkhidmatan yang dijalankan. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.