Header Ads

"Kami Tiada Perancangan Untuk Berkahwin Buat Masa Ini" - Erra Fazira Nafi Hubungan Dengan Shahir.



Dalam masa sama, Erra menyerahkan soal jodoh pada ketentuan takdir yang dirinya sendiri tidak tahu dimana penghujungnya.Menyedari ramai yang tidak merestui ‘hubungan rapat’ diantara dirinya dan Shahir dek kontroversi yang berpanjangan, Erra Fazira minta peminat doakan yang terbaik buatnya.

“Apa saya boleh katakan, doakan yang terbaik buat saya. Mungkin sekarang kita nampak seseorang itu banyak masalah, tetapi di penghujungnya mungkin dia lebih baik daripada mereka yang tidak punya masalah hari ini”

Tambah Erra, orang luar senang mempertikaikan keputusannya yang masih meneruskan hubungan rapat dengan Shahir tetapi hanya dirinya yang melalui kehidupan itu lebih mengetahui segalanya.

“Saya dengar dan hargai semua nasihat yang diberikan, dalam masa yang sama, saya minta Allah SWT agar diberikan petunjuk serta dipermudahkan perjalanan. Orang cakap saya sepatutnya kahwin dengan orang seperti ini, seperti itu. Senanglah hidup jika situasinya begitu”

“Tetapi kehidupan tidak semudah kita bercakap. Ini cabaran dalam hidup saya dan saya hanya mampu berdoa agar diberikan yang terbaik. Tiada perancangan kahwin buat masa ini. Tahun ini, perancangan saya ialah fokus kepada kerja,” jelasnya di sidang media semalam.


SUMBER : ASTRO AWANI.

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.