Header Ads

"Kami Telah Tamatkan Perkhidmatan Individu Tersebut" - Tak Bagi Staff Solat, Tindakan Tegas Syarikat Ini Dipuji Netizen




Setiap syarikat mempunyai polisi masing-masing mengenai pekerja mereka tetapi haruslah mengikut peraturan yang ditetapkan.

Bagi sebuah rangkaian barangan sukan yang popular dari United Kingdom yang semakin berkembang di Malaysia. 

Banyak kasut yang 'rare' boleh didapati di rangkaian butik JD Sports ini. Walau bagaimanapun, rangkaian kedai sukan itu terpalit dengan kontroversi dimana screenshot perbualan WhatsApp kumpulan JD Sports di Pavilion viral di media sosial. 

Menerusi rakaman tersebut, pekerja JD Sports tidak dibenarkan untuk mengambil masa rehat untuk menunaikan solat. 

Gambar perbualan itu dimuat naik oleh dua akaun Instagram @store_box dan @fleey.snkr telah mendapat perhatian netizen. 



Menerusi komen seorang netizen, dia turut pernah bekerja di kedai tersebut dan antara sebab dia berhenti kerja. 

Malah ada juga pelanggan yang beragama Islam tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh supervisor kedai tersebut kerana perniagaan tidak akan terjejas sekirang membenarkan pekerja untuk menunaikan solat selama 10-15 minit. 

Sementara itu, JD Sports Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kontroversi yang melanda syarikat tersebut. 

Kami memahami sentimen yang mengetengahkan perihal JD Sports Pavilion yang menolak hak pekerja kami untuk menunaikan solat mereka. Kami ingin memaklumkan dan menjamin semua pelanggan, rakan-rakan dan rakan kongsi yang beragama Islam bahawa ini bukan polisi yang kami amalkan, dan ianya merupakan tindakan seseorang individu yang melanggar falsafah syarikat JD Sports. Kami tidak akan bertoleransi terhadap sebarang kelakuan yang tidak menghormati hak budaya dan agama masing-masing. Kami telah menyiasat kejadian ini dan mengenalpasti staf yang bertanggungjawab atas hal ini. Perkhidmatan individu tersebut telah ditamatkan serta-merta atas salah lakunya selepas melaksanakan siasatan dalaman secara terperinci. Walaupun JD Sports merupakan sebuah syarikat antarabangsa, kami akan terus menerap dan menjaga nilai budaya serta kepercayaan agama masing-masing. Kami tidak akan bertoleransi terhadap sebarang tingkah laku yang melibatkan unsur-unsur diskriminasi dan akan terus mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan prinsip dan nilai ini. #JDSportsMY
A post shared by JD Sports Malaysia (@jdsportsmy) on

Setelah melakukan siasatan dalaman secara terperinci, perkhidmatan individu tersebut telah pun ditamatkan serta merta. 

Semoga kes ini menjadi iktibar kepada mana-mana syarikat agar sentiasa menjaga keharmonian serta pegangan agama masing-masing. 

Malah, tahniah juga buat JD Sport Malaysia kerana berjaya menangani kes tersebut secara professional dan tegas. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.