Header Ads

"Kalau Jodoh Tak Panjang Burukkan Pasangan Di Media Sosial Dah Macam Trend"




Dengan adanya laman media sosial sama ada Facebook, IG atau Twitter membolehkan setiap individu meluahkan rasa atau pendapat kepada umum. 

Tak terlepas juga dengan pasangan yang sudah berumah tangga. Media sosial menjadi medan untuk memburukkan pasangan masing-masing. 

Teguran dari seorang wanita ini mungkin berguna terutama buat pasangan muda akibat salah faham yang kecil.


Dua trend kahwin sekarang: 

Kahwin muda, jodoh tak panjang sebab pasangan 'pemalas'. Selepas itu buat thread burukkan bekas suami bagi students baca. 

Kahwin muda selepas SPM, lepas itu buat thread dan promo IG bisnes. 

People, marriage is sacred. Don't thread it on social media. 

Sementara itu, seorang lagi netizen turut memberi nasihat kepada pasangan-pasangan muda yang ingin berkahwin. 

Kahwin muda itu tidak salah, cuma tak ada orang tua nak beritahu kalau kahwin 'tujuan kahwin pun tak tahu', kes itu lepas sedap-sedap tak tahu buat apa dah. 

Kursus kahwin sembang p****, bukan sembang tentang hala tuju perkahwinan. Sebab itu atas apa tujuan pun, orang tua kahwin dulu bukan kerana cinta tetapi amanah. Sebab itu tak kenal pun, orang tua sebelum 'pergi' dulu suruh anak deme menikah. Asalkan lepas tanggungjawab bagi pihak perempuan dan mematangkan anak deme bagi pihak lelaki. 

Sekarang banyak kahwin atas dasar cinta. Cinta melibatkan hati, hati ini pula Allah kata nak ada Dia saja. Selain dari Dia, maka Dia akan tarik ataupun lenyapkan. Kalau kau bawa masuk bini dalam hati pun Allah marah. 

Orang putih boleh kahwin atas dasar cinta sebab diorang tak tahu dan mereka bukan Islam. Jika yang Islam walaupun orang putih, pasti Allah buat tunggang terbalik juga. 

Akhir kata, ramai dah orang tua tak ambil berat pada anak muda. Anak muda ini perlu dibimbing. Menikah muda tak salah, cumanya kena banyak bergantung pada Allah baru Allah boleh hantar hambaNya yang tepat untuk membantu anda. Sekian. 




No comments

Powered by Blogger.