Header Ads

"Kalau Duduk Kondo Mont Kiara Pun Kalau Dah Sikap Buruk Tu Buruk Jugak Lah"




Tragedi yang menimpa seorang remaja yang maut akibat kecederaan parah selepas ditimpa kerusi pejabat yang dicampak memang membuka mata banyak pihak.

Ramai juga yang mengutuk sikap warga flat yang sering dikaitkan dengan pengotor, pemalas dan pelbagai lagi sikap yang negatif. 

Perkongsian dari Syahril A. Kadir ini sebenarnya dapat dijadikan pedoman untuk setiap orang. Tak kisah duduk di mana tetapi sikap itulah yang harus diperbetulkan. 


KISAH PASAL AKU, BEKAS WARGA FLAT YANG 'TERASA'...

Bila berlakunya kes remaja maut ditimpa kerusi dalam kejadian di flat Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam semalam, aku tengok je ulasan dan komen-komen netizen.

Kebanyakannya menyalahkan 'mentaliti' warga flat yang mereka sifatkan sebagai teruk, pengotor, pemalas dan sebagainya.

Sebagai bekas budak flat yang sebahagian hidupnya tinggal dalam 'rumah berkotak', bohonglah kalau aku tak terasa dengan dakwaan-dakwaan tersebut.

Namun untuk menidakkan dakwaan tersebut 100 peratus pun tak boleh juga kerana memang ada penghuni flat yang berperangai hodoh begitu. Tetapi pada masa yang sama, aku harap jangan kerana perangai segelintir itu kita terus 'cop' orang flat ni sama sajer perangainya.

Hidup di rumah flat ni memang mencabar mental dan fizikal. Dengan kepadatan penduduk yang tinggi, kami terpaksa 'berkompromi' dengan segala kemudahan asas yang 'betul-betul asas' sifatnya.

Parking, contohnya. Memang ada, tetapi sekadar ada. Kena pulak zaman sekarang satu rumah ada dua tiga buah kereta, so adegan tolak menolak kereta tiap2 pagi tu lumrah. Semua kena double parking. Pepagi kalau takde pesta hon tu maknanya ko bukan duduk di flat, apatah lagi terpaksa melayan perangai mereka yang tak letak nombor telefon kat cermin tapi pada masa yang sama bantai pergi tarik hand brake.

Taman permainan kanak-kanak? Dengan beribu penduduk tu, jongkang-jongkit adalah satu yang reput, gelungsor adalah satu yang tunggu masa nak ranap, buaian adalah dua tiga yang kerusi dan rantainya tunggu masa nak tercabut.

Kalau dulu petang-petang ramailah mak-mak bawa anak mereka lepak kat padang itu sambil gosip-gosip pasal si Milah janda, pasal anak kak Senah dah pandai berboyfren, pasal laki kak Maton masuk serenti dan sebagainya.

Kini padang tu dah minah Indon take over. Lepas abih syif kilang semua pakat lepak kat situ sambil dating ngan abang Bangla stesen minyak, last-last akak-akak dan mak-mak budak tu gosip kat grup whatsapp jelah sambil gentel tepung wat cokodok untuk laki yang nak balik kerja.

Lif? Rasanya sampai tiupan sangkakala pun masalah lif kat flat-flat ni takleh selesai. Bila rosak, kau kena tunggu berbulan untuk diperbaiki. Bila lif A siap repair, lif B lak wat perangai. Mau taknya, sementara lif A nak siap, lif B terpaksa kerja 'one man show' siang malam non stop, akhirnya biarlah berapa lif yang ada pun, last-last yang boleh guna tetap SATU saja ok!

Tong sampah? Dengan ratusan unit rumah, tong sampah yang ada boleh kira dengan jari. Setiap hari kalau kau naik lif, semua haruman akan bercampur dan mewujudkan aroma tersendiri. Contohnya bau perfume Cik Yatie yang nak pergi kerja akan 'blend' dengan bau plastik sampah yang dibawa Budin untuk dibuang kat bawah.

Bila ada kematian lagi haru, bayangkan nak bawa turun jenazah melalui tangga-tangga yang kecil dan curam. Kalau dari tingkat tiga atau empat boleh lagi ramai-ramai usung bawa turun, tetapi kalau dah dari tingkat 13 maknanya dengan mayat-mayat sekali naik lif!

Bab hilang helmet, hilang motor, hilang side mirror waima hilang lampu signal ni jangan ceritalah. Itu yang kengkadang tu orang flat ni kunci Honda EX5 depa macam nak kunci bilik kebal simpan duit Bank Negara tu. Ular sawa belit babi hutan pun takleh lawan camne orang flat 'belit' motor depa dengan rantai besi!

Abih kalau hilang, mana lak nak cari duit beli yang baru. Motor yang hilang tu pun silap-silap gerannya masih ada kat Ah Long. Mau tak stress???

Namun Alhamdulillah, dalam 1,001 satu kepayahan itu jugalah, sejarah menyaksikan ramai anak-anak flat kini bergelar tokoh korporat, ada dah jadi lawyer, ada dah jadi doktor, ada dah jadi engineer, ramai yang dah masuk universiti (walaupun angka tu takleh lawan anak flat yang masuk serenti)

Semoga tiada lagi insiden baling kerusi sampai timpa orang bawah macam kat PPR di Pantai Dalam tu kerana aku tahu, majoriti orang flat bukan begitu. Perangai kalau dah buruk tak payah tunggu duduk flat, duduk kondo Mont Kiara pun kalau dah buruk, buruk jugerlerrrrr!!! - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.