Header Ads

"Kalau Dia Hendak Pulangkan, Terpulanglah" - Pemangku Raja Pahang Akui Dukacita Sikap Datuk Farid Kamil




"Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik," titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah apabila ditanya pemberita mengenai kes Datuk Farid Kamil yang mendapat perhatian ramai ketika ini.

Baginda turut mengakui berasa dukacita dan terkejut dengan tindakan pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil yang didakwa atas 4 pertuduhan di mahkamah. 

Dalam laporan Kosmo!, baginda menerima baik sekiranya Farid Kamil mengambil keputusan rela hati untuk memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP). 


"Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.

"Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini."

"Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau kita hendak tarik semula (gelaran Datuk), kita juga harus mengikut prosedur. Tapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik," tambah baginda.

Farid Kamil menerima anugerah DIMP yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, pada 16 Disember lalu. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.