Header Ads

'Kak, Nasi Tu Dah Basi Kenapa Campur?' - Tukang Masak Kantin Dedah Rahsia Makanan Kantin Sekolah Buat Ramai Ibu Bapa Bengang




Bagi sesetengah ibu bapa yang sibuk bekerja, mereka mungkin tidak ada masa untuk menyediakan makanan di rumah apatah lagi menyediakan bekalan anak-anak ke sekolah. Solusinya, mereka hanya memberikan wang secukupnya untuk anak-anak membeli makanan di kantin sekolah. 

Sejauh mana makanan yang dijual di kantin itu berkhasiat dan bersih penyediaannya? Kesian pula dengan anak-anak yang tidak di ambil berat tentang pemakanan sedangkan ia memberi kesan kepada kesihatan dan pembelajaran. 

Lagi-lagi apabila ada pihak kantin sekolah yang mengambil kesempatan ke atas murid-murid demi mengaut keuntungan dan langsung tidak mahu rugi.

Kisah benar disebalik penyediaan makanan di kantin sekolah didedahkan oleh As MamaHasnur di laman facebook miliknya. Ia berdasarkan pengalamannya sendiri yang pernah menjadi seorang tukang masak di kantin sekolah walau hanya 10 hari.


Ramai netizen yang marah dan sedih apabila mengetahui cerita sebenar di sebalik kantin sekolah tersebut. Ada yang baru sedar mengapa anaknya tidak ada selera ketika di sekolah.  

Netizen juga bersetuju yang harga makanan di kantin sekolah cekik darah atau sama dengan harga di luar sekolah sedangkan makanan tidak sedap.

Ada juga netizen yang tidak berpuas hati dengan wanita ini yang tidak terus melaporkan perkara ini kepada pihak sekolah. 

Bagaimanapun, ia sudah cukup baik kerana wanita ini berani tampil untuk memberi peringatan kepada ibu bapa supaya menyediakan bekalan unuk anak-anak ke sekolah agar mereka dapat makan makanan yang bersih dan berkhasiat. 

Tidak semua kantin sekolah yang macam ini. Anda janganlah pukul rata. Kesian pada pengusaha kantin lain yang jujur dan ikhlas berniaga. Tapi, kalau rasa nak selamat, rajin-rajinkanlah diri tu sediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.