Header Ads

Isu Keliru Jantina,Akhirnya Jakim Hasrat Ingin Jumpa Nur Sajat.




Semalam media sosial gempar dengan penularan satu video seorang lelaki menelefon Menteri Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Dato’ Jamil Khir yang mahu jutawan kosmetik, Sajat diambil tindakan. Tindakan lelaki yang dikenali sebagai Sir Azri itu mendapat persetujuan ramai netizen lain.

Tidak lama kemudian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menerusi pegawainya, Dr. Izwan Yusof menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Sajat semalam.

Hasrat itu diluahkan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial & Komuniti berkenaan di laman Facebooknya petang semalam. Dr. Izwan merupakan pegawai berpengalaman menangani isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ingin bertemu Sajat kerana isu yang timbul menyebabkan masyarakat tertanya-tanya.

Bagaimanapun, Dr Izwan menyatakan pendirian Jakim yang berkecuali mengenai isu yang diperkatakan netizen kerana mereka tidak mengetahui masalah sebenar.


"Berkenaan hal-hal yg berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami perlu tahu masalah sebenar yg dihadapi. Dalam masa yg sama, kami mengambil maklum cemuhan & kata-kata kasar drpd netizen terhadap Sajat."

"Saya dan rakan-rakan di Jakim sentiasa terbuka membantu dan beri khidmat nasihat berhubung isu kekeliruan identiti dan jantina menurut perspektif Islam. Saya yakin dengan pertemuan itu nanti, akan merungkaikan persoalan yang terus berlegar di kalangan ummah."


Dalam masa sama, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha bersetuju untuk pertemuan itu diadakan. Persetujuan itu turut dibuat di laman Facebook rasminya petang semalam.


Sumber: Mstar Online.

FACEBOOK HERBAL RIMBA



No comments

Powered by Blogger.