Header Ads

Dikecam Netizen Setelah Goncang Tangan Syeriv Dengan Kasar,Ini Respon Syatilla Melvin




Minggu lalu, pelakon Syatilla Melvin menerima pelbagai kecaman dan teguran daripada netizen yang mengatakan beliau terlalu bergurau kasar dengan menggocang tangan anaknya Syeriv Samheizy. Mereka bimbang ia boleh mendatangkan kecederaan kepada Syeriv memandangkan tulang bayi sangat lembut.

Tidak cepat melatah dengan segala percakapan tentang cara beliau itu, Syatilla yang tidak menyangka isu tersebut menjadi besar menjelaskan beliau tidaklah begitu kasar dengan anaknya itu seperti yang ditonton oleh netizen.

"Sebenarnya, tindakan saya menggoncang tangan Syeriv itu tidaklah kasar seperti yang disangka netizen. Kalau ada orang yang cakap tindakan itu menyakitkan anak dan menyebabkan tulangnya patah, tidak sama sekali kerana saya tahu apa yang saya lakukan."

"Ibu mana yang tidak sayangkan anak, malah Syeriv adalah nyawa bagi saya. Kalau difikirkan semula, tidak logik bagi seorang ibu melakukan sesuatu yang boleh menyakiti anak sendiri. Saya akui memang seorang yang kasar tetapi tidak dengan anak kerana dia masih kecil dan tidak mungkin untuk saya menyakitinya."

Syatilla juga memberitahu beliau tidak memarahi netizen yang membahas video tersebut malah berterima kasih dan menghargai mereka yang mengambil berat serta sayangkan Syeriv.


Sumber Berita : Kosmo Online

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.