Header Ads

"Isteri Bukan Beban..Isteri Adalah Amanah" - Wanita Ini Jelaskan Kenapa Suami Patut Hargai Pengorbanan Isteri




Isu sama ada menjadi suri rumah atau wanita bekerjaya lebih baik memang tidak pernah sunyi malah sering diperdebatkan. Sehinggakan ia menimbulkan perbalahan dalam kalangan wanita.

Tapi apabila ada mulut-mulut yang menghasut dan mengatakan punca sang suami berpoligami adalah sebab si isteri tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah adalah keterlaluan. Kenyataan tersebut seperti tidak berasas. Hatta si isteri bekerja sekalipun jika si suami ingin buat onar, dia tetap dimadukan.

Intan Dzulkefli mengulas isu ini di laman facebooknya kerana masih ada netizen yang memandang rendah pada tugas seorang suri rumah. Dia tidak bersetuju apabila ada suri rumah yang dipoligami, mereka terus dipersalahkan kerana menjadi seorang suri rumah dan tidak bekerja.



Isteri yang menjadi suri rumah ni sanggup hidup dalam kekurangan. Mereka sanggup mengorbankan kehendak sendiri dan ikhlas menjaga suami dan anak-anak dengan baik. 

Janganlah disebabkan si isteri adalah seorang suri rumah, si suami bersuka ria pula dengan perempuan lain di luar. 

Ramai netizen yang bersetuju dengan pendapat wanita ini. Suri rumah adalah tugas mulia dan tidak perlu diperlekeh. 

Lagi-lagi zaman sekarang ini, kebanyakan suri rumah sekarang mempunyai pendidikan dan ingin maju dalam kehidupan mereka dengan cara sendiri. 


Betulkah suri rumah ni sebenarnya tidak mahu jadi suri rumah? Sebenarnya ada saja yang rela menjadi suri rumah kerana ingin menyediakan keperluan terbaik untuk suami dan anak-anak. 

Tapi sedih juga bila netizen ni dibeza-bezakan oleh mertua sendiri hanya kerana jadi suri rumah dan tak mampu nak hadiahkan benda mahal-mahal. Tak baik la kan macam tu.  

Kalau suami nak isteri yang jadi suri rumah tu cantik dan bergaya macam wanita bekerjaya, hulurkanlah sedikit duit pada isteri sebagai nafkah dan upah buat kerja-kerja rumah. Bolehlah si isteri melaram juga walau duduk kat rumah kan? 




No comments

Powered by Blogger.