Header Ads

Gurauan Sharifah Sakinah Dan Janna Nick Atas Kematian Bintang Kpop Buat Netizen Begang.



Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan kematian penyanyi utama kumpulan Kpop, Kim Jonghyun, rakyat Malaysia antara yang turut bersedih dengan berita itu. Bagaimanapun, Sharifah Sakinah dan Janna Nick dikecam hebat apabila dikatakan menghina kematian penyanyi itu.

Menerusi Instastory, Sakinah yang sedang menemani Janna di salon bergurau mengenai penyanyi itu yang sudah meninggal dunia. Gurauan itu turut disambut dengan reaksi Janna yang secara spontan ketawa mengenainya.

"Wow, ni yang mati tu kan?"

Berikutan itu, ramai mula memuat naik reaksi tidak puas hati dengan dua pelakon itu di laman Twitter. Bagi mereka, tindakan Sakinah dan Janna seolah tidak menghormati si mati yang mengalami kemurungan.



Selain itu, ada juga yang terkejut dan sekaligus kecewa dengan reaksi Janna kerana tidak menyangka pelakon kesayangan mereka bersikap begitu. Bagaimanapun tidak lama selepas itu, Janna tampil memohon maaf. 



FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.