Header Ads

"Gara Ketamakan Manusia, Kucing-Kucing Ini Jadi Mangsa" - Pelaburan Kucing Tak Menjadi, Pemilik Tak Mahu Kucing Tapi Mahu Duit Kembali




Kucing merupakan binatang peliharaan yang banyak dibela dikalangan masyarakat. Namun kadang kala sikap tidak bertanggungjawab pemilik kucing menyebabkan kesusahan kepada orang sekeliling. 

Namun baru-baru ini, perkongsian dari Khairul Azri mengenai satu skim pelaburan yang melibatkan kucing telah menjadi viral di media sosial.

Tapi apa yang mengecewakan ialah akibat ketamakan manusia, kucing yang tidak bersalah ini pula menjadi mangsa. 


GARA GARA KECURANGAN DAN KETAMAKAN MANUSIA, KUCING JADI MANGSA!

Dapat diinbox, puluhan kucing stranded di sebuah petshop terkenal di Shah Alam. Al-kisahnya kucing-kucing ini semua adalah 'byproduct' dari sebuah skim pelaburan yang telah kaput.

Tuan-tuan kucing ini pada asalnya telah membeli mereka dengan harga puluhan ribu dengan harapan mendapat hasil daripada pembelian mereka. Malang sekali buat mereka(kucing bukan tuannya), skim telah kaput separuh jalan.

Sekarang, tuan-tuan mereka yang kini menggelar diri mereka 'mangsa' penipuan pelaburan tersebut tidak mahukan kucing tapi mahukan wang mereka kembali.

Dan yang lebih teruk owner pet shop ni pulak kata businessnya telah kaput kerana business dia telah down akibat diviral dimedia sosial sejak Ogos lepas. Ditutupnya beberapa cawangan kedainya.



Maka yang menjadi mangsa adalah kucing, dikumpulkan kucing kucing yang tidak diambil oleh tuan-tuan mereka ini disalah sebuah cawangan di Shah Alam. Mereka kini di kurung beramai-ramai, kekurangan/tanpa makanan,tanpa pasir najis. Ada yang kurus kering, ada yang berpenyakit seperti selsema, cirit birit dan fip.

Mohon agensi-agensi haiwan, majlis perbandaran,pihak berkuasa dan NGO-NGO yang terlibat tolong turun padang. Time ni la nak guna Akta Kebajikan Haiwan 2015..ke nak buat hiasan?


Nah aku quote akta tersebut:

Kepada tuan-tuan kucing--> Akta 772, Kebajikan Haiwan 2015:BAHAGIAN 5:PENGANIAYAAN TERHADAP HAIWAN:

r) Sebagai pemunya haiwan, dengan sengaja atau cuai menyebabkan mana-mana haiwan yang berpenyakit, tidak berupaya atau cedera untuk mati dimana-mana tempat.

Kepada pemilik pet shop--> Akta 772,Kebajikan Haiwan 2015:BAHAGIAN 4:PERKARA BERHUBUNG KEBAJIKAN HAIWAN:23.(1)(a):

i) keperluannya kepada persekitaran yang sesuai
ii) keperluannya untuk diet yang sesuai
iv) keperluannya untuk ditempatkan bersama denganya atau berasingan dengan haiwan lain
v) keperluannya unutk dilindungi daripada kesakitan, penderitaan, kecederaan dan penyakit.

Takkan korang nak tengok kucing-kucing ni mati baru nak buat jawatankuasa bertindak??baru sibuk nak cek akta balik. Masa tu dah terlambat dah. Mohon share rakan-rakan, kesian ke kucing kucing ni..

p/s: Teringat pulak hadith wanita mengurung dan tidak memberi makan/minum kucing disiksa di hari kiamat kelak. tak takut ke wahai tuan tuan kucing dan pemilik petshop?nauzubillah. 




No comments

Powered by Blogger.