Header Ads

Gara-gara Suara Sumbang, Asad Menerima Kecaman Netizen.




Penyanyi baharu Asad Motawh memberitahu dia menolak undangan nyanyian sebuah program hiburan popular yang mahu dia berduet sekali lagi bersama kumpulan dari Indonesia iaitu Armada.

Asad, 17, berkata, dia tidak mahu kejadian suara sumbang dan dimalukan ketika program Dahsyat di Indonesia bulan lalu berulang kembali.

"Baru-baru ini kumpulan Armada ada datang sini untuk promosi dan saya diundang untuk berduet dengan mereka dalam sebuah program bual bicara.

"Saya tolak kerana saya tidak mahu kejadian sama berulang. Saya lebih berhati-hati untuk terima lagu yang saya sendiri tidak bersedia," ujarnya.

Sementara itu, Asad berkata, dia menerima banyak pengajaran selepas peristiwa berkenaan.

Bagaimanapun, dia bersyukur peminat-peminatnya di Indonesia dan Malaysia memahami situasi berkenaan.

"Saya sekarang sudah masuk kelas vokal dan menari bagi memperbaiki persembahan saya," katanya.

Dalam pada itu, Asad turut mengakui kerjayanya tidak terjejas disebabkan reputasi sebagai seorang penyanyi sedikit tercalar.

"Alhamdulillah, setakat ini tidak terjejas pun, rezeki saya makin banyak. Ibu bapa juga banyak beri sokongan dan berharap saya tidak tersilap percaturan sekali lagi," ujarnya.

Selain itu, bercerita tentang perkembangan nyanyian, Asad berkata, dia dan syarikat rakaman merancang untuk menerbitkan sebuah album dengan sepuluh buah lagu akhir tahun ini.

Katanya dia juga akan memberi perhatian terhadap pelajaran kerana bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

 

 Sumber : Mstar Online.

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.