Header Ads

Datuk Farid Kamil Positif Ganja, Netizen 'Serang' IG Diana Danielle




Kecoh industri hiburan hari ini apabila pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil telah ditahan polis selepas bertindak menampar seorang anggota polis di Kota Damansara. 

Malah menurut polis, pelakon berusian 37 tahun itu disyaki berada di bawah pengaruh dadah. Berita tersebut sememangnya mengejutkan ramai pihak terutama netizen. 

Rata-rata netizen bertindak 'menyerang' Instagram Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle sehingga aktress tersebut terpaksa menutup ruangan komen kerana dikecam oleh netizen. 



Namun, terdapat segelintir yang mengutuk kecaman dari netizen tersebut kerana mengecam isteri Farid Kamil itu yang tiada kena mengena dengan kes yang sedang menjadi bualan hangat netizen. 


Sebelum itu, terdapat juga sebuah video tersebar dimana seorang netizen mendakwa Farid Kamil tidak berbaju sedang berjalan seperti hilang arah. 


Namun video tersebut tidak dapat dibuktikan kesahihannya. Sementara itu, memetik laporan dari Berita Harian Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata saringan kencing yang dijalankan terhadap suspek selepas dia ditahan, mendapati suspek positif ganja.

Mohd Zani berkata, susulan kejadian itu, suspek kini disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Katanya, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok, bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut. Sudah tentu ramai yang ingin mengetahui punca sebenar yang terjadi sehingga pelbagai spekulasi timbul mengenai pelakon tersebut. Apapun kita nantikan keputusannya. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.