Header Ads

Cekik Dan Sumbat Dalam But, Lelaki Ditahan Polis Cuba Buang Mayat Anak Kekasih




Jenayah membawa padah! Seorang lelaki ditahan selepas anggota polis dari cawangan kereta peronda (MPV) yang ketika itu melakukan rondaan terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan. 

Suspek yang berusia 33 tahun itu cuba melarikan diri dengan Proton Iswara sejurus melihat kenderaan polis pada jam 5.55 petang.

Pihak polis kemudian menahan lelaki tersebut dan terkejut apabila menemui mayat seorang remaja perempuan berusia dalam 13 tahun di dalam but kereta lelaki berkenaan. 

Hasil siasatan awal polis mempercayai remaja perempuan itu mati dipercayai dicekik suspek yang juga merupakan teman lelaki ibu mangsa. 


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, suspek berada di belakang kereta dengan keadaan but terbuka di tepi jalan. Suspek dilihat cuba membuang mayat mangsa. 

"Suspek kemudian masuk semula ke dalam kereta lalu terus memecut, bagaimanapun, suspek berjaya ditahan selepas dikejar sejauh lima kilometer," katanya.


"Siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek di sebuah rumah sewa di Permyjaya pada jam 11 pagi hari ini.

"Suspek kemudiannya dipercayai mencekik mangsa sehingga mati sebelum cuba membuang mayat mangsa," katanya. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.