Header Ads

'Bukan Semua Saudara Baru Mampu Buang Tatu' - Adam Corrie Lee Luah Rasa Sedih Selepas Ditegur Masa Solat.



Baru-baru ini viral di twitter gambar seorang pemain ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams berihram di hadapan Kaabah ketika mengerjakan ibadah Umrah. Ada yang mempersoalkan ibadatnya itu sama ada sah atau tidak kerana mempunyai tatu di lengan.

Pelakon yang sering memegang watak antagonis, Adam Corrie Lee di Instagram ada memuatnaik status menceritakan ibadah beliau juga pernah dipersoalkan gara-gara mempunyai tatu. Mereka kata solat Adam Corrie tidak sah dan tatu perlu dibuang terlebih dahulu. Betul ke?

Isu biasa yang dialami oleh saudara baru.
Saya banyak handle kes ni bersama saudara baru.
Saya selalu sarankan supaya saudara baru senyum sahaja. Tak perlu berdebat dgn mereka.

"Saya juga sarankan pakai baju lengan panjang supaya tatto tersebut tidak nampak org lain. Untuk elak org salah faham. .
Bukan semua saudara baru mampu buang tatto. Dan ia juga mungkin mudaratkan badan jika tatto penuh di badan hendak dibuang."

"Saya dah biasa dgn teguran ini. Tak terasa apa-apa pon.
Sbb saya tahu bukan semua org tahu hal ni. .
Ilmu setiap org x sama."

"Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang"
#adamcorrie


Sumber : Instagram Adam Corrie 

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.