Header Ads

Bila Lecturer Bergurau Gagalkan Subjek, Kecut Perut Pelajar Dibuatnya




Sepanjang Januari ini adalah musim peperiksaan di kebanyakan universiti dan kolej di Malaysia dan pastinya ramai pelajar sedang sibuk membuat persiapan. Dalam masa sama, 'geng' pensyarah pula bertungkus lumus menanda kertas jawapan. 

Apa perasaan anda jika tiba-tiba pensyarah memaklumkan anda menjawab soalan yang salah menyebabkan dia terpaksa memberi markah rendah kepada anda? Memang kecut perut dibuatnya kan?

Itulah perasaan dialami seorang pengguna Twitter. Menerusi laman Twitternya, Syamil Hafiy (@syam1l) berkongsi tangkap layar perbualannya dengan pensyarah berkenaan. 


Pada mulanya, pensyarah itu memaklumkan bahawa Syamil tidak menjawab soalan sepatutnya dan set jawapannya tiada dalam buku jawapan yang dihantar ketika peperiksaan. 

Lebih menakutkan Syamil adalah apabila pensyarahnya memaklumkan markah yang diperolehi hanya layak mendapat gred C+ dan akan menjejaskan CGPA Syamil. Pensyarah itu juga mencadangkan Syamil untuk mengulang subjek tersebut untuk semester hadapan.


Bagaimanapun, di akhir perbualan pensyarah tersebut mengucapkan tahniah kepada Syamil kerana markah diperoleh sebenarnya melayakkan dia mendapat gred A- dan dia hanya ingin bergurau dengan pelajarnya itu. 


Tweet itu meraih pelbagai respon netizen dan ramai mengucapkan tahniah kepada Syamil serta memujinya yang masih menjaga bahasa ketika berbual menerusi aplikasi WhatsApp dengan pensyarahnya. Harapnya, untuk semester akan datang tak kena troll macam ini lagi. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.