Header Ads

"Bertudung Atau Tak Itu Hak Kami" - Wanita Ditampar Lelaki Tidak Dikenali Hanya Kerana Tidak Bertudung




Setiap wanita yang beragama Islam telah diperintahkan untuk menutup rambut mereka kerana ianya adalah salah satu dari aurat wanita. 

Walau bagaimanapun isu bertudung ini sudah lama di debat antara netizen dan ianya adalah terpulang kepada individu tersebut sama ada mahu bertudung atau tidak. 

Namun itu tidak bermakna orang lain boleh memaksa mereka yang tidak bertudung untuk memakai tudung. Seperti sebuah video yang menjadi viral baru-baru dimana kejadian tersebut berlaku di sebuah perhentian bas di Pulau Pinang. 

Menerusi rakaman video tersebut, seorang lelaki tiba-tiba telah muncul dan dilihat mengira wanita yang tidak bertudung di perhentian bas terbabit. 


Dia juga turut menegur wanita yang tidak bertudung malah terus bertanyakan soalan sama ada beragama Islam atau tidak. 

Salah seorang dari wanita tersebut mengaku beragama Islam tetapi memilih untuk tidak bertudung. "Bertudung itu hak kita" jelas wanita tersebut. 

Lelaki itu kemudian memarahi wanita tersebut namun wanita itu enggan melayan lelaki tersebut mengakibatkan lelaki tersebut menjadi berang lalu bertindak menampar bahagian kepala wanita itu. 

Rata-rata netizen menganggap lelaki tersebut kurang siuman kerana apa yang dilakukan oleh lelaki itu adalah salah. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.