Header Ads

"Berhenti Woi Berhenti!" - Pemandu Lawan Arus Bahayakan Nyawa Orang Lain Di Lebuhraya NPE




Sikap pemandu di jalan raya kebelakangan ini amat membimbangkan. Banyak kes terjadi dimana kecuaian pemandu mengakibatkan kemalangan jalanraya sehingga meragut nyawa orang lain yang tidak berdosa. 

Baru-baru ini viral di media sosial seorang pemandu kereta Perodua Axia dilihat melawan arus di Lebuhraya NPE berdekatan Taman Dato' Haron. 

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook, kereta peronda lebuhraya cuba meminta pemandu berkenaan untuk memberhentikan keretanya namun pemandu tersebut mengendahkan arahan peronda. 


Tindakan cuai pemandu tersebut menyebabkan kenderaan lain terpaksa menukar lorong untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. 

Pemandu tersebut kemudiannya melajukan kenderaan selepas cuba dikejar oleh sebuah motosikal polis peronda trafik. 




Panik dengan keadaan itu, pemandu Perodua Axia itu terus panik sehingga membuat pusingan U secara berbahaya namun peronda lebuhraya serta polis trafik tersebut berjaya menghalang pemandu tersebut dari membahayakan pengguna jalanraya lain. 

Kejadian yang berlaku ini seperti mengulang kes tahun lalu dimana seorang gadis yang memandu melawan arus di bawah pengaruh dadah mengakibatkan kematian seorang lelaki. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.