Header Ads

Bela Anak Tanpa Kasih Sayang Ayah, Netizen Simpati Rita Rudaini Besarkan Anak Dengan Sendiri.



Pejam celik, pejam celik dah besar panjang dah dua anak lelaki Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin, Airit Qaqa Arjuna. Rata-rata pengikutnya memuji kekacakan buah hati pengarang jantung Rita ini. Sekali pandang, macam berdarah Hindustan pun ada.

Luahan Rita di Instagram mengenai kegigihannya membesarkan anak sendirian tanpa bantuan mana-mana pihak membuatkan pengikutnya terharu. Ramai yang sebak membaca kisah kecekalan ibu tunggal ini untuk kebahagiaan mereka 3 beranak.

"Alhamdulillah…1st day school arini…bukan senang utk single mother mcm sis…kena kerja lebih lagi kali ni utk belanja ank2 sek…jauh lg perjalanan…ye laaa sis bukan ada org ‘bela’ ?..ank2 sis pon sis sorg je tanggung n bela…tp alhamdulillah rezeki ank2 tu ada jer… cukup mkn pakai,dah syukur"

"Arjuna sgt hepi n independent…siap suh mommy balik…tp mommy mmg ambik cuti utk spend time dgn ank2 kt sek…masa ni lah masa yg paling bernilai tgk dorg besar dpn mata sendiri…sis xde maid,sis xde PA…mmg sis jaga ank2 sendiri…sis ni jenis mak2 skit..nak jaga sendiri,nak ank2 dpn mata…itu paling penting dlm hidup sis.



Alhamdulillah arini smuanya dlm keadaan baik…sis akan bagi hanya yg terbaik utk ank2 n akan berusaha utk yg terbaik…sbb mereka adalah ‘syurga’ sis …mommy love u."

Tidak hanya kata-kata semangat, ada juga netizen yang menghamburkan kata-kata berbisa untuk pihak yang di ‘sana’. Sampai ke situ pula. Semoga Rita dan anak-anak diberi kesabaran dan kebahagiaan berpanjangan dengan keluarga kecil mereka.

Netizen beri kata-kata semangat.




Sumber: Rita Rudaini

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.