Header Ads

Baru 10 Tahun Dah Pandai Carutkan Doktor, Adab Kat Mana?




Mengaku sahajalah,  dulu masa zaman kanak-kanak benda paling takut sekali mestilah masa nak jumpa doktor kan?

Bila terbayang jarum dan ditakutkan pula dengan ubat-ubat yang pahit, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya. 

Kalau dulu ibu bapa garang, maka anak-anak pun diam dan turutkan sahaja, tapi perangai budak-budak zaman sekarang lain macam sikit.

Baru-baru ini ada seorang doktor telah memuat naik status Twitter tentang perbualannya dengan pesakit yang baru berumur 10 tahun. Selepas ambil darah, budak tersebut memanggilnya 'babi' dan telah menendang doktor itu.


Ramai yang memberikan komen dan menganggapnya sebagai lucu. Doktor tersebut dianggap 'sempoi' kerana dapat mengendalinya dengan tenang.

Walau bagaimanapun ada juga yang berasa tidak senang dengan sikap kanak-kanak tersebut yang boleh dianggap sebagai biadab.


Kata-lata carutan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan dan seharusnya ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting bagi mendidik mereka.

Bagi doktor tersebut ini semua mungkin pengalaman semasa mengendalikan pesakit. Apa pun harus diingat, ajarlah anak-anak anda untuk sentiasa menghormati orang yang lebih tua. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.