Header Ads

'Bak Datang Sihir,Saya Lawan' - Raf Yaakob Cabar Netizen Hantar Sihir.




Melihat kebahagiaan pasangan suami isteri yang lain membuatkan mereka berasa sakit hati. Kenapa ada akaun laman sosial dan follow orang lain jika anda benci sangat tengok kehidupan orang lain?

Perkara itu turut menimpa pasangan yang baru berkahwin iaitu Raf Yaakob dan juga Mawar Rashid. Tidak dinafikan pasangan ini sering berkongsikan detik-detik bahagia terutamanya di laman Instagram.

Bagaimanapun baru-baru ini, ada warga laman sosial yang menasihati agar pasangan ini tidak terlampau menunjukkan kebahagiaan kerana bimbang di sihir. Hendak dijadikan cerita, Raf turut melayan komen berkenaan dan turut mencabar orang lain untuk menghantar sihir kepadanya.


"miss_alin65Dunia akhir zaman ni kalau bahagia better x perlu tunjuk sangat kat media sosial nanti bimbang ada yang dengki dan iri hati paling teruk sampai sanggup gunakan sihirkan untuk pecah belahkan hubungan suami isteri. Perkara camni dah banyak sangat berlaku. Sihir dah makin berleluasa cam nak kembali ke zaman jahiliah dah. Please ambil lah iktibar. Kalau boleh kasih sayang tu biarlah berkekalan hingga ke jannah tak nak nanti disebabkan perbuatan manusia yang dengki dan iri hati putus di tengah jalan. Beringat sebelum kena tu nasihat saya teguran ni bukan sebab saya jealous ke apa lagi nak acah acah jadi ustazah siber tapi sekadar mengingatkan je sesama manusia harap korang boleh terima apa yang saya comment ni dengan positive cc to @rafyaakob @mawarashid :)"

Raf menyatakan bahawa jelas sekali individu tersebut tidak mengenali keluarganya malah turut menasihatkan jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sihir, bolehlah bertanyakan kepadanya secara peribadi di Instagram.




Apa pun, lebih baik perkara ini tidak diambil serius kerana tidak ada sesiapa pun yang mahukan rumahtangga yang berentakan lebih-lebih lagi angkara sihir. Buat Raf, hiraukan saja suara-suara di laman sosial yang tidak mengetahui perkara sebenar di sebalik tindakan kita.


FACEBOOK  HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.