Header Ads

Ayam Lambat Dipotong, Pekerja Umur 18 Tahun Ditampar Pelanggan




Seorang pelanggan lelaki yang berang kerana ayam yang mahu dibelinya lambat dipotong, bertindak menampar seorang pekerja di sebuah pasar raya di Oakland, Seremban.

Kejadian yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) telah menjadi tular sejak dimuat naik di Facebook.

Utusan Online melaporkan, dalam rakaman berdurasi 39 saat itu, seorang lelaki meluru masuk ke bahagian memproses ayam lalu menampar muka seorang pekerja sebelum menarik rambutnya.

Beberapa pekerja lain dilihat cuba menenangkan keadaan. Berikutan itu, mangsa yang berusia 18 tahun telah membuat laporan polis.


Sumber menambah, sebelum kejadian, lelaki terbabit ada meminta seorang rakan sekerja mangsa untuk memotong ayam yang mahu dibelinya.

Lelaki berkenaan kemudiannya bertanya kepada mangsa tentangnya namun mangsa menjawab tidak tahu. Ini menyebabkan lelaki berkenaan berang lalu menamparnya. Mangsa mengadu sakit di bahagian pipi kiri dan pening akibat dari tamparan tersebut.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian dan masih menyiasat perkara tersebut. 


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.