Header Ads

Alhamdulillah.. Akhirnya Jihan Muse Selamat Melahirkan Putera Sulung.




Pengacara popular dan pelawak,Jihan Muse yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki malam tadi.Jihan telah melahirkan putera sulungnya itu di Hospital DEMC Specialist,Shah Alam malam tadi kira-kira jam 10.15 malam.

Berat bayi yang dilahirkan adalah seberat 3.85 kilogram dan menurut pihak pengurusan Jihan dan suaminya iaitu Engku Hariz,Laugh Out Loud Entertainment,kedua-dua ibu dan anak ini berada di dalam keadaan sihat.

Jihan juga bakal berehat selama dua bulan daripada kariernya untuk memberi sepenuh perhatian kepada keluarga.

Semoga bayi yang selamat dilahirkan ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua-dua ibu dan bapanya.


Sumber : Media Hiburan

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.