Header Ads

'Aku Lempang Sorang-sorang Kang!' - Hantar Gambar Tak Senonoh Buat Fathia Latiff Berang.




Pelakon Ariana Rose, Fathia Latiff tidak pernah lekang dengan cerita sensasi. Ada-ada saja isu yang akan dibangkitkan sehingga membuatkan ramai ‘triggered’ dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Aktres ini kerapkali menggunakan laman Twitter sebagai tempatnya meluahkan perasaan sama ada tentang isu semasa atau apa saja mengenai dirinya. Terbaru, dia membuat satu kenyataan mengenai kebijaksaan dikurniakan kepada dirinya.

Semalam Fathia ada memuat naik satu tweet yang mengakui dia cantik dan bijak, semua orang perlu menerima hakikat itu dan mengingatkan supaya tiada yang cemburu dengan apa yang dimilikinya itu.

Tweet pendek yang mungkin berbunyi agak memuji diri sendiri membuatkan netizen tidak melepaskan peluang untuk menghentam pelakon berkenaan. Fathia juga kali ini mengambil sedikit masa ‘melayan mesra’ peminatnya ekoran tweet itu.

Salah seorang pengikut mengatakan jika dikatakan cantik dan berotak (bijak), haiwan juga mempunyai otak.  Namun apa yang membezakan haiwan dan manusia adalah manusia berfikir sebelum bertindak.

Jawapan padu Fathia untuk pengguna Twitter itu mungkin membuatkan wanita berkenaan menyesal membangkitkan isu berkenaan.


Selain itu, Fathia juga berpesan kepada pengikutnya supaya berhenti menghantar gambar tidak senonoh seperti gambar kemaluan. Pelakon cantik ini juga memberi amaran akan melempang mereka yang berbuat demikian selepas ini.



Sumber: Fathia Latiff

FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.