Header Ads

"Adik Ni Berjalan Kaki Sejauh 2KM Untuk Ke Sekolah" - Kisah Adik Natasha Pakai Kasut Buruk Ke Sekolah Buat Netizen Sebak




Di hari pertama persekolahan ramai murid-murid yang gembira memakai baju sekolah dan kasut sekolah yang baru. Namun tidak semua bernasib baik. 

Adik Nadia Natasha yang hidup dalam serba kekurangan dan pendapatan ibu yang tidak seberapa sehingga tidak mampu menyediakan kelengkapan persekolahan namun demi menuntut ilmu, dia tetap gigih untuk ke sekolah. 


Berkenaan kes adik Nadia Natasha yang memakai kasut buruk dan lusuh pada hari pertama persekolahan. Kisahnya meruntun hati kita semua.

Adik Natasha berasal dari keluarga yang miskin. Ayahnya hanya mengambil upah menjaga ternakan orang. Ibunya pula bekerja sebagai pemungut tiram. Itulah yang paling termampu dilakukan ayah dan ibu adik Natasha.

Disebabkan cuaca yang tidak menentu, ibunya sekarang hanya keluar mencari daun nipah muda. Daun tersebut dijadikan rokok daun dan dijual kepada peraih tempatan.

Dengan pendapatan sekecil itu, kehidupan adik Natasha sekeluarga agak tersepit. Apa yang mereka mampu hanyalah sekadar cukup-cukup makan sahaja.

Seperti yang dimaklumkan, adik Natasha mempunyai 8 orang adik beradik dan dia merupakan anak yang keenam. Hanya adik Natasha dan adiknya yang ketujuh sahaja mampu bersekolah. Yang lainnya tidak kerana keadaan mereka sekeluarga yang begitu kekurangan.


Tekanan hidup dan kemiskinan menyebabkan adik beradiknya yang lain terpaksa berhenti sekolah awal. Ayahnya sudah tua dan mencecah umur 64 tahun. Apalah sangat saki baki kudrat yang mampu diperah lagi. Kewangan keluarga adik Natasha semuanya bergantung di bahu ibunya.

Keluarga adik Natasha menerima bantuan dari JKM sebanyak RM300 sebulan. Adik Natasha yang memiliki kad OKU menerima bantuan sebanyak RM1800 setahun. Semuanya dibelanjakan untuk menampung kos sara hidup mereka sekeluarga.

Ayah dan ibu adik Natasha juga terpaksa menampung kos rawatan adik bongsunya yang menghidap Asma (Lelah). Mereka berlindung di rumah usang tanpa perabot dan kemudahan lain. Keadaan ini menjadikan kehidupan mereka begitu daif.


Mereka sekeluarga juga tidak mempunyai sebarang kenderaan untuk digunakan. Adik Natasha ke sekolah hanya berjalan kaki sejauh 2km ditemani adiknya yang turut bersekolah di sekolah yang sama. Tidak hairanlah kasut adik Natasha dalam keadaan sedemikian. Allahu

Begitulah sedikit kisah tentang adik Natasha dan kasut buruknya. Adik Natasha hanya mampu memakai pakaian sekolah lusuh dan kasut koyak demi mendapatkan ilmu seperti kanak-kanak lain. Sekian.

Sama-samalah kita membantu keluarga adik Natasha dengan semampu yang kita ada. Semoga mendapat perhatian semua.

Alamat kediaman : Kampung Sador Tawang, 16020 Bachok, Kelantan.

No. Akaun Bank Islam : 03018021439897 (Ibrahim bin Donik)

No. Tel : 011-17911472 (Mazilawati)


FACEBOOK HERBAL RIMBA


No comments

Powered by Blogger.